Ruj.Kami:
PDB/JKKK/201(Kpg.Jabai)/Pent.14/2014
Tarikh:
10hb November, 2014
Ketua Keluarga/ Penduduk
Tetap/Penyewa,
Kampung Jabai, Bintulu
Assalammualaikum w.b.t dan salam
sejahtera,
Tuan/Puan,
PROGRAM PERSEDIAAN
GOTONG –ROYONG PERDANA PERINGKAT KAMPUNG JABAI, BINTULU.
Dengan segala hormatnya pihak
saya ingin membawa perhatian pihak tuan/puan kepada perkara tersebut di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan/puan, JKKK
Kampung Jabai akan menganjurkan program pembersihan kediaman penduduk pada
16.11.2014 sebagai persediaan penganjuran Program Gotong-Royong Perdana Bersama
Pihak BDA yang dijadualkan pada 23hb November, 2014.
3. Program pembersihan pada pagi tersebut
difokuskan kepada melakukan kerja-kerja pembersihan ringgan(pembersihan kawasan
sekitar kediaman dan bahu jalan) terlebih dahulu manakala bagi kerja-kerja
pembersihan berat akan dijalankan bersama-sama semasa hari Gotong –Royong
Perdana kelak.
4. Program pembersihan kediaman penduduk
sebagai persediaan penganjuran Program Gotong-Royong Perdana akan dilaksanakan
seperti ketetapan berikut;
Tarikh:
16hb
November, 2014
Masa
: 0730
pagi
Tempat
Berkumpul: Tapak Surau Kampung Jabai
Peralatan
yang perlu dibawa: Sila bawa bersama peralatan gorong-royong seperti cangkul, tajak,
pencakar, parang, pungkis dan lain-lain.
Tentatif Program
MASA
|
ATURCARA
|
0730
pagi
|
Pendaftaran
penduduk kampung
|
0800
pagi
|
Bacaan
Doa
|
0815
pagi
|
Ucapan
Penyelaras Program
|
0830
-1200 tengahhari
|
Jamuan
ringgan dan Program Pembersihan Bermula
|
5. Sebagai badan JKKK yang baru dibentuk
sememangnya tidak mempunyai sumber kewangan buat masa ini, oleh itu dengan rasa
rendah diri saya ingin memohon keikhlasan pihak tuan/puan menyumbang sedikit
sumbangan bagi pihak JKKK Kampung Jabai bagi menjayakan setiap program yang
telah dirancangkan oleh pihak JKKK Kampung Jabai pada masa akan datang.
Keperihatinan dan jasa baik pihak tuan/puan amat-amat dihargai.
Sekian,terima
kasih.
“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”
“AN
HONOUR TO SERVE”
(KK JOHNY BIN JIMON)
Pengerusi,
Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sesi 2014-2017,
Kampung
Jabai,
BINTULU.
Fail SU.JKKK KPG
JABAI 2014-2017
No comments:
Post a Comment