Wednesday, 5 November 2014

Biro dan Perincian Tugas Serta Cadangan Program Dijalankan


JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAMPUNG JABAI

Kampung Jabai merupakan sebuah perkampungan tradisi Melayu/Melanau yang  berada betul-betul di pusat Bandar Bintulu. JKKK Kampung Jabai telah secara rasminya ditubuhkan pada 6hb Oktober 2014 dengan dianggotai seramai 15 orang ahli .Jawatankuasa ini dibentuk dan akan mentadbir mengikut bidang tugas masing-masing yang mana sebanyak 8 buah biro telah diwujudkan dengan diketuai oleh ahli-ahli jawatankuasa induk serta dianggotai seramai 3 orang ahli.Biro-biro yang dimaksudkan adalah seperti berikut;

1.Biro Keagamaan
2.Biro Pendidikan, Pembangunan Sumber, Teknologi Maklumat dan Info Kampung
3.Biro Ekonomi
4.Biro Keselamatan
5.Biro Kebudayaan, Belia dan Sukan
6.Biro Wanita
7.Biro Keceriaan dan Kesihatan
8.Biro Kebajikan

BIRO-BIRO DAN PERINCIAN TUGAS YANG DICADANGKAN

1. Biro Ekonomi

Biro ini diwujudkan untuk melahirkan usahawan di Kampung Jabai terutamanya
dikalangan suri rumah, ibu tunggal dan golongan belia. Disamping itu mereka boleh berdikari dan meningkat taraf hidup keluarga tanpa bergantung kepada makan gaji.

1.1 Galakan dan Pemantauan

1.Untuk menggalakan penduduk supaya pendapatan  mereka bertambah dari masa
ke masa.
2.Untuk menggalakan para belia dapat menumpukan kepada bidang ekonomi
bagi menyara hidup mereka dengan yang meyakinkan
3.Supaya memperluaskan pemasaran perusahaan kecil kepada tahap yang
lebih luas.
4.Memberi peluang peningkatan pendapatan penduduk bertambah tidak kurang dari RM1,000 hingga RM2,000 supaya dapat keluar daripada tahap kemiskinan.
5.Mengurangkan bilangan penduduk yang menganggur.

1.2 Mencari sumber kewangan tetap dan berterusan melalui:
  • Yuran tetap.
  • Sumbangan tetap individu, syarikat dan lain-lain sumber.
  • Meningkatkan ekonomi penduduk kampung melalui aktiviti pelaburan dan kerjasama dengan institusi kewangan setempat seperti mudharabah, usahasama dan lain-lain.
  • Mengadakan aktiviti ekonomi seperti mengadakan ekspo dan pameran hasil tanaman, jualan langsung, jualan bahan-bahan makanan, sewaan dan lain-lain.
  • Melaksanakan pelan pembangunan terancang kampung mengikut keperluan semasa.

2. Biro Pendidikan, Pembangunan Sumber, Teknologi Maklumat dan Info Kampung.

* Aspek Pendidikan.

Menjadikan masjid sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mempunyai segala kemudahan pembelajaran dan pendidikan termoden sesuai dengan konsep langit terbuka untuk berjalan seiring dengan perkembangan multimedia super corridor (MSC). Bagi tujuan ini, biro ini dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan tugas-tugas berikut:
  • Menubuhkan kelas-kelas pembelajaran bagi kanak-kanak seperti kelas fardhu ain, kursus haji dan umrah, kelas mukaddam, kelas al-Quran dan kelas-kelas tambahan, kursus penyembelihan dan lain-lain.
  • Menubuhkan kumpulan-kumpulan marhaban, berzanji dan kumpulan nasyid.
  • Menubuhkan kelas tadika Islam.
  • Mengadakan kelas bimbingan Matematik, Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
  • Mengadakan majlis-majlis ceramah umum, syarahan dan forum.
  • Menyusun program qiamulail di setiap malam Jumaat dan di malam-malam bulan Ramadhan dan menyusun progran berkala sempena hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul dan sebagainya.
  • Mengadakan program motivasi, kursus dan bimbingan dari masa ke semasa.
  • Mengadakan majlis membaca Yasin, tahlil dan solat hajat bersama dengan pihak anak-anak kampung dan ibubapa semasa murid-murid hampir menghadapi peperiksaan.
  • Mengadakan solat hajat beramai-ramai setiap malam Jumaat mohon keamanan dan kesejahteraan ahli kariah.
  • Mewujudkan perpustakaan yang lengkap sebagai pusat sumber mesyarakat setempat.
*Aspek Teknologi Maklumat dan Info Kampung
Aktiviti Yang Dijalankan:

1.Menggalakan pelajar sekolah menggunakan komputer
2.Bekerjasama dengan sekolah menerangkan kepada Ibubapa atau masyarakat setempat betapa perlunya ilmu ICT.

  • Mengadakan pusat teknologi maklumat (IT) seperti komputer, internet, multimedia, wifi dan lain-lain.
  • Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti kampung sepanjang tahun.
  • Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biri jawatankuasa mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan.
  • Mempromosikan sesuatu program dan aktiviti yang memerlukan kehadiran ramai penduduk kampung melalui: makluman sebelum mendirikan solat berjemaah, menampalkan iklan di papan iklan, memasang kain rentang di hadapan lorong kampung, menyebarkan risalah, dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
  • Merangka strategi penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai program dan aktiviti kampung dari segi bahan-bahan dan kos penerbitan.
  • Menjadualkan penerbitan majalah, risalah, pamphlet, kalendar, dan sebagainya.
  • Lain-lain tugas yang difikirkan sesuai dengan fungsi dan peranan kedua-dua aktiviti tersebut.
3. Biro Kebajikan
  • Mewujudkan dana khairat kampung.
  • Menyediakan daftar kematian yang dikebumikan di tanah perkuburan kariah masjid dan surau yang lengkap dan mudah dirujuk.
  • Mengadakan program bersama dengan Surau, NGO, koporat dan jabatan-jabatan kerajaan.
  • Mengadakan majlis-majlis seperti akad nikah kahwin, khatam al-Quran, majlis hol, gotong-royong, balik kampung, tokoh kampung dan bapa / ibu mithali.
  • Membuat kajian dan statistik mengenai bilangan penduduk seperti golongan lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak, Islam dan bukan Islam, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, kanak-kanak istimewa, golongan profesional, ahli-ahli koporat dan lain-lain.
  • Mengadakan usaha memberi bantuan kepada pelajar-pelajar miskin, anak-anak yatim, golongan fakir dan miskin, orang sakit, uzur, musafir dan mualaf.
  • Memberi pengiktirafan dan anugerah kepada penduduk-penduduk yang berjaya dalam segala lapangan dan pendidikan.

4. Biro Keceriaan dan Kesihatan
  • Mengadakan program-program kebersihan dan keceriaan kampung seperti gotong-royong yang melibatkan penduduk-penduduk, jabatan kerajaan dan NGO.
  • Menentukan kawasan luar dan dalam kampung sentiasa dalam keadaan bersih, suci dan ceria.
  • Menyediakan peralatan kebersihan yang mencukupi.
  • Menyediakan jadual giliran pembersihan di kalangan penduduk kampung mengikut zon lorong.
  • Membersihkan semua tempat tumpuan pengunjung dalam keadaan bersih seperti persekitaran lorong, rumah kediaman, longkang dan lain-lain.
  • Merangka program dan penerangan bagi penanaman dan penjagaan pokok-pokok yang sesuai di dalam kawasan kampung .
  • Menguruskan aktiviti kesihatan seperti rawatan, berkhatan beramai-ramai, dan penerangan HIV, Ibola, Malaria, Denggi, dan Coxsackie dlln.
5. Biro Keagamaan

• Matlamat

1.Setiasa mencari ilmu yang diredhai oleh Allah swt dan Rasulnya Nabi Muhammad sw demi kebaikan dunia dan ikhrat.
2.Membina masyarakat berkeyakinan penuh tanpa syak kepada Allah swt.
3.Menyeru masyarakat supaya beramal ilmu dunia seolah kita hidup selama-lamanya dan beramal ilmu akhirat seolah-olah kita akan mati esok hari.
4.Membina masyarakat supaya meletakkan Agama Islam lebih daripada yang lain,makhluk tidak berkuasa Allah yang berkuasa dan sentiasa bertakwa.

• Tugasan

1.Menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
2.Menggalakan masyarakat bersembahyang jumaah lima waktu di masjid.
3.Mengajurkan sambutan hari kebesaran Islam.
4.Mengadakan ceramah-ceramah dan seminar-seminar agama di masjid
5.Mengadakan kelas al-Quran dan tafsir di masjid
6.Memastikan tiada masyarakat mengamalkan ajaran sesat yang terkeluar dari akidah Islam.

• Aktiviti dan kerjasama diantara JKKK dan jawatankuasa Surau Kampung Jabai

1.Majlis membaca Surah Yassin tiap-tiap malam Jumaat
2.Belajar Bacaan al-Quran tiap-tiap malam Ahad.
3.Ceramah agama hari Selasa malam
4.Ceramah agama didatangkan dari luar sebulan atau dua bulan sekali.
5. Perayaan dan Sambutan Hari Kebesaran Islam:

5.1.Sambutan Awal Hijjrah
5.2.Sambutan Maulidul Rasul
5.3.Sambutan Isyrak dan Mekraj
5.4.Sambutan Bulan Syaban – Bacaan Yassin.
5.5.Solat Tarawih dan Tadarus.
5.6.Majlis Berbuka Puasa Seminggi sekali.
5.7.Pihak masjid melaksanakan Ibadah Qurban bagi mereka yang berhajat.


* Perincian perancangan
  • Memastikan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah dapat dijalankan dengan baik dan betul.
  • Mengadakan kelas Tahsin al-Quran untuk semua lapisan masyarakat termasuk pegawai masjid dan surau.
  • Menyusun dan mengatur kelas-kelas takmir dengan cekap.
  • Memastikan ahli-ahli kariah dapat hadir beramai-ramai semasa diadakan kelas takmir dan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mengadakan kursus pengurusan jenazah dan penglibatan dalam tajhiz mayat dengan mengadakan tahlil, bacaan Yasin dan sebagainya.
  • Memastikan kehadiran pegawai-pegawai masjid dan surau, mengadakan jadual kehadiran dan menjaga rekod cuti pegawai.
  • Memastikan pegawai masjid dan surau menghadiri kursus-kursus atau bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Johor.
  • Mengadakan program-program bagi menghidupkan bulan ramadhan seperti tadarus, berbuka puasa, tazkirah, qiamulail, khatam al-Quran dan sebagainya.
  • Memastikan tazkir, tarhim dan azan dilaungkan menepati masa dan waktu solat oleh pegawai masjid dan surau yang bertugas.
6. Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA)

Matlamat

1.Untuk menyatukan kaum ibu yang ada di Kampung Jabai.
2.Untuk memberi kesederan tentang tanggungjawab sebagai seorang wanita yang dinamakan ibu.
3.Untuk menyatakan peranan kaum wanita dalam pendidikan dan pembangunan.


Objektif

1.Supaya kaum wanita atau kaum ibu bersatu padu dalam berbagi-bagai kegiatan.
2.Supaya kaum wanita atau sedar dan faham tentang tanggungjawab sebagai seorang ibu.
  • Membentuk pasukan pengurusan jenazah wanita.
  • Mengadakan kursus pertolongan cemas.
  • Mengadakan kursus pengurusan jenazah, kelas memasak, kelas jahitan, kelas kemahiran kraftangan dan pusat jagaan dan penyusuan anak.
  • Mengadakan usrah muslimah, kumpulan nasyid dan kesenian Islam, khidmat nasihat HELWA, kelas pengurusan rumahtangga dan lain-lain.
  • Melantik atau melaksanakan pengurusan jenazah wanita di kampung.
  • Mengadakan kelas bimbingan fardhu ain, kelas al-Quran wanita, kelas berzanji dan marhaban, kumpulan Yasin dan tahlil, program ibu mithali, ibu tungal dan ziarah.
7. Biro Kebudayaan, Belia dan Sukan

Matlamat

1.Supaya semua belia dan beliawanis bersatu padu untuk menjalakan aktiviti -aktiviti yang berfaedah kepada diri sendiri, masyarakat setempat dan negara.
2.Supaya menjadi generasi berwawasan dan berfikiran kelas pertama.
3.Supaya dapat bersaing dengan masyarakat luar.
4.Supaya dapat menjadi ahli sukan yang disegani diperingkat bahagian.

Objektif

1.Menyelaraskan kegiatan belia yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan politik
anjuran peringkat kampung,daerah dan negeri.
2.Supaya semua belia dan beliawanis menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan.
3.Menggalakan para belia dan beliawanis menyertai apa-apa persatuan
yang dibenarkan oleh kerajaan.

Perancangan yang dicadangkan.

Penubuhan pertubuhan-pertubuhan belia seperti;
1.Persatuan Belia Kampung Jabai
2.Kelab Bola Sepak Kampung Jabai FC

3.Gerakkan Belia 4B Malaysia Kampung Jabai

Perincian perancangan.
  • Mengadakan aktiviti pertahanan diri seperti taekwando, silat, judo dan lain-lain.
  • Mengadakan aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kumpulan nasyid, kompang, hadrah, berzanji, marhaban dan lain-lain.
  • Mengadakan aktiviti ekspidisi, mendaki, perkhemahan dan lain-lain.
  • Mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi seperti mewujudkan pasukan bolasepak, pasukan sepak takraw, pasukan badminton, pasukan bola jaring, pasukan layang-layang dan lain-lain.
  • Mengadakan aktiviti perkhidmatan dan kebajikan seperti kaunseling, fasilitatur dan lain-lain.
8. Biro Keselamatan

Matlamat

Untuk mempasti seluruh kampung dalam keadaan selamat dan penduduknya
hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

Tujuan

1.Supaya menjadi mata dan telinga kerajaan.
2.Supaya bertanggungjawab kepada kampung dan negara.
3.Supaya membasmi penyalahan gunaan dadah.
4.Supaya merapatkan perhubungan diantara masyarakat.
5.Supaya mengenalpasti pendatang asing.

Agensi Yang Terlibat

1.Pasukan Polis DiRaja Malaysia
2.Pasukan RELA
3.Pasukan Rukun Tetangga(KRT)
4.Lain-lain yang hubungan dengan keselamatan

Komponen Keselamatam

1.Pasukan RELA
2.Pasukan Rukun Tetangga (KRT)

Aktiviti Biro

1.Menjalankan rondaan malam oleh JKKK, RELA, Rukun Tetangga bersama anggota polis mulai pukul 12.00 malam hingga 5.00 pagi.
2.Membina pondok pos keselamatan.
3.Menyusun pasukan yang bertugas dan kertas laporan.
4.Mengawasi penagih dadah yang disyaki.
5.Memberi penerangan mengenai keburukan penyalahan gunaan dadah bersama AADK Daerah.
6.Mengawasi dan tangkapan khawat.

Peraturan Rondaan

1.Semua ahli yang menyertai Skim Rondaan ini didaftarkan terlebih dahulu dan
semua nama tersebut dihantar kepada pihak polis sebagai maklumannya.
2.Rondaan bermula dari pukul 12.00 malam hingga 5.00 pagi.
3.Jadual rondaan ini dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Induk.
4.Rondaan dijalankan mengikut kumpulan.
5.Ahli yang tidak berdaftar tidak dibenar menyertai rondaan ini.
6.Selepas rondaan Ketua Kumpulan hendaklah memberi laporan bertulis
kepada Ketua Bilik Gerakan.
  • Menubuhkan dan menggalakkan penyertaan penduduk kampung melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan seperti Rela, JKKK, Rukun Tetangga dan lain-lain.
  • Pasukan keselamatan yang berkaitan hendaklah bersama memastikan barang hak milik awam dikawal selia bagi mengelakkan kecurian .
  • Mengadakan kursus-kursus dan latihan yang bersesuaian seperti kursus kebakaran dan persediaan menghadapi bencana.
  • Menyediakan pelan-pelan keselamatan seperti jadual bertugas, nombor talian kecemasan, tapak tempat berkumpul ketika kecemasan kepada penduduk kampung untuk langkah-langkah keselamatan.
  • Menyediakan dan menyelenggara peralatan keselamatan seperti pili bomba yang perlu diletakkan ditempat yang mudah, berada dalam keadaan baik serta tekanan air yang sentiasa dipantau khususnya dengan bantuan jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah digunakan ketika berlaku kecemasan.
  • Sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan yang memerlukan khidmat keselamatan dan kesukarelawan sepanjang program/aktiviti / bencana yang dijalankan/ berlaku bagi memudahkan pihak tertentu dan penduduk kampung menjalankan tugas masing-masing.

Pelaksanaan Aktiviti Biro
  • Ahli jawatankuasa diharapkan dapat menjalankan tugas dengan mengatur program dan aktiviti yang sesuai dijalankan di peringkat kampung. Kemudian setelah mengenal pasti aktiviti yang hendak dijalankan barulah merangka program pembangunan, ekonomi dan kewangan untuk menjayakan program yang dirancang itu.
  • Insya Allah dengan keikhlasan dan niat yang murni untuk berkhidmat meninggikan taraf kampung dapat dipermudahkan segala perancangan dan program oleh Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment