Wednesday, 5 November 2014

Surat Jemputan Mesyuarat Bersama Penduduk Kampung 9.11.2014

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG 
JKKK
KAMPUNG JABAI
D/A LOT 378 KAMPUNG JABAI JALAN TG.BATU 97000 BINTULU
PDB/JKKK/201
KK JOHNY BIN JIMON
_____________________________________________________________________________
Ruj.Kami:PDB/JKKK/201(Kpg.Jabai)/
Pent.07/2014
               
                                                                        Tarikh: 4hb November 2014

Ketua Keluarga,
Penduduk Kampung Jabai, Bintulu.

Assalamualaikum,

Tuan/Puan

JEMPUTAN KE SESI MESYUARAT BERSAMA JKKK KAMPUNG JABAI SESI 2014-2017.

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.
2.         Tuan/Puan antara penduduk Kampung Jabai yang dijemput untuk menghadiri sesi mesyuarat bersama JKKK Kampung Jabai sepertimana ketetapan berikut;

Tarikh:            9hb November, 2014 (Pagi Ahad)
Masa:              9.00 pagi
Tempat:          Bertempat di Bilik Mesyuarat, Bangunan MADU Kampung Jabai

3.         Bagi menambahbaik mutu perkhidmatan , pihak pengurusan kampung ingin memohon kerjasama tuan / puan untuk menghadirkan diri ke sesi mesyuarat tersebut bagi membantu pihak JKKK dalam membincangkan urusan berkaitan keselamatan dan kebersihan kampung disamping untuk memperatkan hubungan silaturahim sesama masyarakat sekampung.

4.         Semoga dengan usaha ini akan menjadikan kampung kita lebih aktif dan dapat memberi kebaikan kepada semua. Insyaallah.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”
“AN HONOUR TO SERVE”



(KK JOHNY BIN JIMON)
Pengerusi,
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sesi 2015-2017,
Kampung Jabai,
BINTULU.

Fail
SU.JKKK KPG JABAI 2015-2017

No comments:

Post a Comment