SARANAN
DAN NASIHAT DARIPADA Y.BHG TEMENGGUNG HAJI ABANG SUHAILI BIN HAJI ABG MOHAMAD
BERSEMPENA MESYUARAT PEMILIHAN JKKK KAMPUNG JABAI SESI 2015-2017 PADA 6.10.2014
YANG LEPAS.
- · Memohon JKKK mempertingkatkan, mempergiat dan memperbaiki pengurusan hal ehwal berkaitan pentadbiran, kemajuan dan keselamatan kampung.
- · JKKK perlu memahami dengan jelas peranan JKKK sebagai jentera pengerak kemajuan dan menjaga keselamatan penduduk kampung.
- · JKKK perlu menubuhkan biro-biro yang bersesuaian untuk menguruskan hal ehwal kampung sebagai contoh: biro keselamatan, biro kebajikan, biro kesihatan, biro keceriaan , biro persekitaran dan lain-lain yang difikirkan perlu.
- · Pelbagai projek bagi membantu penduduk kampung akan dapat dijalankan dengan adanya JKKK yang bergerak aktif. Sebagai contoh: program e-kasih.
- · Setiausaha perlu segera menyediakan dokumen –dokumen seperti minit mesyuarat pengurusan kali pertama beserta senarai jawatankuasa untuk diserahkan kepada Pejabat Daerah dan surat tersebut perlu di sk. kepada beliau sendiri.
- · Membuat akaun JKKK bagi memudahkan penyaluran dana dan MRP.
- · Buat masa sekarang KK tidak dapat membuat sebarang pengesahan borang kerana belum mendapat pengesahan secara rasmi surat lantikan yang mengandungi Serial No. yang akan disimpan dalam cop rasmi KK.
No comments:
Post a Comment