Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (Persekutuan) atau JKKK(P) merupakan
jawatankuasa peringkat kampung yang dilantik oleh pihak kerajaan
persekutuan bagi mentadbir, mengurus dan memajukan setiap kampung.
JKKK(P) adalah ejen pembangunan di peringkat akar
umbi di dalam sistem pentadbiran kerajaan, yang juga bertindak sebagai
penghubung di antara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat dan
bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program kerajaan
yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. JKKK(P)
merupakan unit pelaksana dasar-dasar kerajaan di peringkat yang paling
hampir dengan rakyat, di samping menjadi ejen menyalurkan aspirasi
rakyat kepada peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai kumpulan yang paling hampir dengan masyarakat kampung, JKKK(P)
bertanggungjawab di dalam mentabdir dan memajukan sesebuah kampung dan
menjadi badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga,
pembangunan dan perubahan sikap masyarakat kampung ke arah membentuk
warga desa yang berdaya maju serta inovatif.
Terdapat sebanyak 15,326 JKKK di seluruh negara (termasuk 3,187 JKKKP) yang dinaungi oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW).
Kini dengan wujudnya JKKK(P) Online, anda kini
berpeluang untuk mengenali JKKK / JKKKP dengan lebih dekat dan ruang
dibuka seluas-luasnya untuk anda turut serta memberikan idea, cadangan,
komen dan maklumbalas demi manfaat kampung dan komuniti.
No comments:
Post a Comment