Monday 19 January 2015

Majlis Kunjungan Hormat Ke Atas Mantan Ketua Kaum Tuan Haji Bakeri Bin Lalem

Alhamdullialh pada 6.1.2015 yang lepas satu majlis kunjungan hormat ke atas mantan Ketua Kaum Kampung Jabai telah diadakan selepas solat Isya'di rumah kediaman beliau di Lot 375 Lorong 4 Kampung Jabai.
Bersama-sama hadir pada malam tersebut ialah barisan ahli JKKK Kampung yang diketuai oleh KK Johny Bin Jimon, Tuan Haji Mohd Zaini Bin Haji Idris,Encik  Azlan Bin Wasli, Encik Mazlan Bin Kipli,Encik Wan Zaidie Bin Wan Pauzie,Encik  Wan Berjaya Bin Wan Pauzie,Puan  Hajah Hani Bt Yahya, Puan Syarifah Aswati Bt Wan Hassan, Puan Dayang Salmah Binti Awg Chee, Puan Rabaah Binti Haji Tahir serta SU Mursidi Bin Ahmad Nizam.

Walaupun hujan turun dengan lebatnya pada malam tersebut , tetapi berkat komitmen dan kesatuan yang dtunjukkan oleh semua ahli JKKK yang terlibat majlis kunjungan hormat tersebut berjalan lancar. Sesi suai kenal bersama mantan KK Tuan Haji Bakeri telah dilakukan semasa kunjungan tersebut. Keadaan kesihatan mantan KK Haji Bakeri yang tidak mengizinkan telah banyak membatasi kerja-kerja harian beliau. KK Johny Bin Jimon mengucapkan berbayak terima kasih diatas usaha dan hasil kerja yang telah mantan KK Haji Bakeri lakukan kepada seluruh komuniti Kampung Jabai dan jasa beliau akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat.

Sesi pertemuan tersebut telah mengambil masa 20 minit . Dalam pertemuan tersebut ahli JKKK turut sempat beramah mesra dengan anak-anak mantan KK Hj Bakeri Lalim dan layanan baik dan ramah mesra tersebut disambut baik oleh seluruh ahli JKKK yang berkunjung. Selesai kunjungan hotmattersebut , KK Johny Bin Jimon sekeluarga menjemput semua ahli JKKK hadir ke rumah belliau untuk majlis berambeh dan doa selamat. Bacaan doa selamat telah diketuai oleh Encik Julis Bin Bohari. Majlis pada malam tersebut juga diserta oleh ahli jawatankuasa surau serta qariah surau berdekatan.

Majlis Perasmian Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Kelab Belia dan Beliawanis Kampung Jabai

Pada 18hb Januari 2015 yang lepas satu majlis perasmian Mesyuarat Pemilihan Jawatan kuasa Kelab Belia dan Beliawanis Kampung Jabai telah dijalankan dan dirasmikan oleh Encik Nik Mohd Asraf sebagai Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.

Majlis dihadiri juga oleh barisan JKKK Kampung Jabai serta belia dan beliawanis kampung. Walaupun kehadiran belia dan beliawanis pada pagi tersebut tidak menggalakkan, tetapi majlis tetap dijalankan juga. 

Alhamdullilah majlis pada pagi tersebut berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya hasil sokongan semua pihak dan ahli JKK yang terlibat.
Berkiut adalah barisan Jawatankuasa Kelab Belia dan Beliawanis Kampung Jabai yang telah dipilih sebulat suara oleh pihak majlis yang hadir.


Pengerusi: Encik Azlan Bin Wasli
Timbalan Pengerusi: Encik Redzuan Bin Haji Narawi
Setiausaha: Siti Nurashikin Binti Julis
Bendahari: Nurhaizum Binti Johny
Ahli:
Mohd Iswandy Bin Haji Samin
Mohd Omar Ibrahim Bin Julis
Mohd Azri Bin Redzuan

Pihak JKKK berharap dengan pelantikan ahli jawatankuasa yang terlibat ini dapat bersama-sama bergembeling tenaga dan idea dalam memajukan dan mencari resipi terbaik kearah pembangunan golongan belia di Kampung Jabai. Diharapkan juga dengan adanya kelab sedemikian , pelbagai program mampu dirancang dan direalisasikan bagi membawa perubahan kepada senario Kampung Jabai.
Insyallah marilah kita bersama-sama berdoa demi seluruh kesejahteraan penduduk kampuung kita.